SUV Maung Garuda dipilih Presiden Prabowo Subianto sebagai kenderaan rasmi. Foto PT Pindad

JAKARTA- Presiden Indonesia Kelapan, Prabowo Subiato menaiki kenderaan khas presiden, MV Garuda Limousine yang dibuat oleh syarikat pengeluar senjata tempatan, PT Pindad.

Beliau dilihat menaiki MV3 Garuda atau Maung Garuda berwarna putih itu selepas majlis mengangkat sumpah di Kompleks Parlimen Senayan menuju ke Istana Negara, Jakarta.

Ini merupakan kali pertama kenderaan presiden yang dilengkapi nombor plat “Indonesia” itu dipertonton kepada umum.

“Tentunya kami terharu dan bangga kerana kenderaan terbaharu kami, MV3 Garuda Limousine, karya anak bangsa digunakan dalam momen bersejarah dan diberi kepercayaan oleh Presiden,  Prabowo Subianto.,” kata Pengarah Presiden PT Pindad, Abraham Mose dalam satu kenyataan.

Maung Garuda adalah sebuah SUV taktikal ringan yang diciptakan untuk menyokong operasi kombat jarak dekat selain boleh dipandu di atas laluan yang sukar.

Ia juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan termasuk penggunaan material composite armor yang memiliki ketahanan amunisi di seluruh badan selain cermin anti-peluru dan Run Flat Tyre yang masih boleh dipandu meskipun mengalami kebocoran di atas jalan. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast