Ihsan Foto : AFP

KUALA LUMPUR – Kekejaman tentera Israel yang berlanjutan terhadap masyarakat awam di Gaza bukan sahaja genosid dan satu bentuk jenayah paling hina dalam sejarah moden.

Pengarah Strategik, Komunikasi dan Advokasi Yayasan Isra’ Malaysia (ISRA’), Dr. Mukhtaruddin Musa berkata, sudah tiba masanya akronim IDF (Israel Defense Forces – Angkatan Pertahanan Israel) ditukar menjadi Israel Devil Forces untuk menggambarkan kejahatan mutlak mereka.

“Mereka tidak layak digelar sebagai pasukan pertahanan kerana telah membunuh bayi, wanita, dan warga emas tanpa belas kasihan, melampaui batas-batas kemanusiaan. 

“IDF lebih layak dikenali sebagai pasukan penjajah yang telah lama menindas Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihaknya percaya penggunaan nama ‘Defense’ hanya mengaburkan pandangan dunia terhadap sifat sebenar kezaliman rejim Zionis itu.

Katanya, ini tidak sesuai dengan perilaku mereka yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan dan kemusnahan hidup.

“Oleh itu, kami menyeru Kerajaan dan Parlimen Malaysia, media tempatan dan media antarabangsa berhenti mengguna istilah Israel Defense Forces.

“Naratif ini perlu berhenti dan tidak merendahkan kecaman terhadap kekejaman Zionis, kita mesti terus bersuara lantang,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast