Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bercakap pada media berkenaan Majlis Persidangan Antarabangsa Rundingan Penerbangan Awam (ICAN) 2024 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sunway Resort Hotel. Foto AIZAT ZAINAL, 21 OKTOBER 2024.

SUBANG – Purata permintaan pasaran pengangkutan udara global dijangka meningkat 4.3 peratus setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foong berkata, industri tersebut diunjurkan mewujudkan 15.5 juta peluang pekerjaan.

“Kebanyakan negara sudah melepasi tahap trafik udara pre pandemik dan kembali pulih seperti sebelum pendamik 2019, ketersambungan ke rantau Asia Pasifik dijangka kembali pulih semula menjelang akhir tahun ini.

“Kita juga menjangkakan peningkatan secara global 10.4 peratus penumpang setiap tahun secara global untuk 2024,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian International Civil Aviation Negotiation 2024, di Bandar Sunway, di sini, hari ini.

Menurut Anthony, industri penerbangan negara dijangka mencatatkan pertumbuhan empat peratus daripada aspek trafik penumpang berikutan perluasan perkhidmatan penerbangan dan operasi syarikat penerbangan asing ke negara ini.

“Pada Ogos 2024, kita merekodkan 8.7 juta penumpang udara iaitu peningkatan 12.7 peratus berbanding tahun sebelum ini.

“Dari segi kargo kita juga jangkakan pertumbuhan tahunan antara 6 hingga 6.6 peratus untuk 2024 yang dipengaruhi oleh faktor pemulihan penerbangan di China, perubahan kitaran teknologi global dan kestabilan ekonomi,” ujarnya.

Tambah beliau, sektor penerbangan Malaysia bukan sahaja sedang menjalani fasa pemulihan selepas pandemik, tetapi juga sedang menyiapkan diri untuk masa depan.

Jelasnya, kini terdapat 72 syarikat penerbangan menawarkan perkhidmatan darim Malaysia ke 119 destinasi di seluruh dunia. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here