Jurucakap IDF, Daniel Hagari Foto Times of Israel

TEL AVIV- Israel mengumumkan bahawa rangkaian kewangan awam milik kumpulan pejuang Hizbullah di Lubnan menjadi sasaran seterusnya serta bakal melancarkan serangan besar-besaran di Beirut dan beberapa tempat lain.

Perkara itu diumumkan jurucakap Tentera Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari sebelum disusuli beberapa letupan di pinggir bandar di selatan Beirut, sejam kemudian.

Menurut beliau, IDF mensasarkan Persatuan Al-Qard Al-Hassan di seluruh Lubnan.

Persatuan Al-Qard Al Hassan adalah sebuah unit yang dikaitkan dengan Hizbullah sejak 1983 dan didakwa membiayai misi kumpulan pejuang itu serta membantu mereka membeli senjata api.

Persatuan itu didaftarkan sebagai sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan dan disekat oleh Amerika Syarikat serta Arab Saudi.

Ia menyediakan perkhidmatan kewangan dan mempunyai pelanggan dalam kalangan rakyat biasa Lubnan.

“Kami akan melakukan serangan secara besar-besaran dalam tempoh beberapa jam akan datang dan akan melakukan serangan tambahan pada waktu malam.

“Pada beberapa hari akan datang, kami juga akan mededahkan bagaimana Iran membiayai aktiviti Hizbullah dan menggunakan institusi kewangan awam, persatuan serta NGO untuk melindungi identiti operasi mereka,” kata Daniel.

Susulan itu, Hagari memberi amaran supaya penduduk Lubnan di kawasan berhampiran untuk berpindah segera.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast