Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang didakwa melakukan ugutan dan cuba menyerang pelanggan di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, Sungai Buloh minggu pada lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar, esok.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menahan wanita berusia 42 tahun itu pada minggu lalu selepas laporan polis dilakukan pengurus stesen minyak terbabit.

“Kertas siasatan dilengkapkan dan telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan polis sudah mendapat arahan untuk melaksanakan pertuduhan ke atas suspek esok,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Hafiz, wanita terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuat ugutan jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Suspek juga akan didakwa di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here