Sembilan suspek termasuk seorang wanita ditahan bantu siasatan kes tikam mati lelaki Pakistan menggunakan pemutar skru di sebuah kedai buah di Jalan Pulau Tikus, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes lelaki Pakistan mati ditikam menggunakan pemutar skru di sebuah kedai buah di Pulau Tikus di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kesemua suspek yang berusia 22 hingga 58 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di negeri ini awal pagi tadi.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada pemilik, pekerja kedai buah serta pemilik kedai motosikal yang terletak bersebelahan dengan kedai buah tersebut.

Swee Sake.

“Kesemua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambah Swee Sake, usaha mengesan suspek utama sedang giat dijalankan ketika ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

ARTIKEL BERKAITAN

Lelaki Pakistan maut ditikam dengan pemutar skru

Semalam, seorang lelaki warga Pakistan maut ditikam lelaki tempatan dipercayai menggunakan pemutar skru dalam kejadian di sebuah kedai buah di Pulau Tikus di sini.

Kejadian berlaku jam 5 petang selepas mangsa berusia 48 tahun itu didapati cuba mencuri minuman keras di kedai tersebut dan ia disedari pemilik premis.

Difahamkan, ketika pemilik premis menegur perbuatan lelaki tersebut tiba-tiba seorang pelanggan yang datang ke kedainya bertindak menikam mangsa mengunakan pemutar skru.

Satu tikaman dikatakan terkena di bahagian dada manakala tiga lagi di belakang badan mangsa. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here