Foto: Fb Senator Lidia Thorpe

CANBERRA – Seorang Senator Australia, Lidia Thorpe dibawa keluar daripada bangunan Parlimen selepas beliau menimbulkan kekecohan semasa majlis menyambut Raja Charles III dan Ratu Camilla.

Ketika Perdana Menteri, Anthony Albanese menyambut pasangan diraja itu yang masuk hari kedua melawat Australia, Thorpe menjerit: “Anda bukan raja kami, anda bukan raja kami,”.

Thorpe yang mendakwa raja British melakukan ‘genosid terhadap penduduk kami’ menambah, ‘Pulangkan balik tanah kami. Pulangkan balik apa yang telah kamu curi dari kami. Tulang kamu, tengkorak kami, bayi kami, penduduk kami. Anda memusnahkan tanah kami,”.

Beliau mendesak raja itu ‘beri kami satu perjanjian’ sebelum mengulangi “Ini bukan tanah anda. Anda bukan raja kami. Anda bukan raja kami,”.

Thorpe dengan pantas dibawa keluar dari Dewan Utama sebelum majlis tersebut diteruskan dan dilaporkan beliau membelakangkan diri ketika lagi kebangsaan British ‘God Save the King” dimainkan.

Seorang yang bersuara lantang terhadap pengaruh monarki di Australia, Thorpe menyatakan demikian ketika beliau mengangkat sumpah pada 2022.

Beliau menggenggamkan tangan ke udara dan mengubah suai sumpah yang merujuk kepada Ratu Elizabeth II sebagai penakluk.

Semasa menyampaikan ucapan di Dewan Utama, Raja Charles III menghargai masyarakat pribumi Australia dan berkata, mereka menghormati beliau dengan berkongsi cerita dan budaya dengan beliau.

“Saya hanya boleh kata pengalaman saya telah membentuk dan memperkukuhkan kebijaksanaan tradisional seperti ini,” katanya.

Sepanjang lawatan yang memasuki hari kedua Raja Charles III dan Ratu Camilla itu menyaksikan pelbagai protest daripada aktivis, termasuk Thorpe. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here