Tiga suspek direman enam hari manakala lima lagi selama tiga hari bagi membantu siasatan kes lelaki Pakistan mati ditikam dengan pemutar skru di Pulau Tikus, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Seorang wanita dan tujuh lelaki direman bagi membantu siasatan kes lelaki Pakistan mati ditikam menggunakan pemutar skru di sebuah kedai buah di Pulau Tikus, di sini, semalam.

Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin membenarkan tiga suspek iaitu dua pemilik kedai buah dan pemilik kedai motosikal direman selama enam hari bermula hari ini.

Manakala lima lagi suspek termasuk seorang wanita yang masing-masing merupakan pekerja dua kedai tersebut direman selama tiga hari.

ARTIKEL BERKAITAN

8 termasuk seorang wanita ditahan kes tikam Pakistan guna pemutar skru

Terdahulu, pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake mengesahkan pihaknya menahan lapan suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki Pakistan.

“Mereka ditahan berusia 22 hingga 58 tahun itu terdiri daripada pemilik, pekerja kedai buah serta pemilik kedai motosikal yang terletak bersebelahan dengan kedai buah tersebut.

“Usaha mengesan suspek utama sedang giat dijalankan ketika ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here