Seorang lelaki tempatan ditahan bersama-sama van selepas memandu secara melulu dan berbahaya di Kilometer Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki yang memandu secara melulu dan berbahaya di Kilometer 33.4 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini yang kejadiannya tular sejak Februari lalu, sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pukul 6 petang semalam bagi membantu siasatan.

“Suspek merupakan lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan bersama-sama van jenis Toyota Hiace.

“Ujian air kencing juga dilakukan terhadapnya dan mendapati bebas daripada dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda minimum RM5,000 dan maksimum RM15,000.

Terdahulu katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Tinggi mengesan video yang tular dalam media sosia itu pada 20 Februari lalu.

Menurutnya, video yang tular itu memaparkan sebuah van Toyota Hiace berwarna putih memotong secara berbahaya dan membahayakan pengguna jalan lain.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here