Gambar hiasan.

SUNGAI BULOH – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sedang mengikuti kuliah tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian itu berlaku di kampus UiTM Puncak Alam di sini, semalam.

Katanya, polis menerima laporan kejadian itu sekitar jam lebih kurang 10.13 malam tadi.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan pemuda tempatan berusia 20 tahun yang juga menuntut dalam jurusan perhotelan di kampus tersebut.

“Kita dimaklumkan bahawa insiden berlaku sekitar jam 5 petang, apabila mangsa secara tiba-tiba rebah di dalam Fakulti Perhotelan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa telah dikejarkan ke Hospital UiTM Puncak Alam sebelum disahkan meninggal dunia di wad kecemasan oleh pegawai perubatan yang merawat mangsa.

“Mayat mangsa kemudian di bawa e Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Buat masa ini polis telah mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut (SDR), ” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here