(ARKIB) Bekas anggota UTK, Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu menunjukkan semula aksi pukulan rotan yang dilakukan sewaktu menjadi anggota Polis di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan supaya memansuhkan semua jenis hukuman berunsur penderaan fizikal seperti merotan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kematian seorang banduan di penjara Pokok Sena, Kedah, baru-baru ini.

“Suhakam benar-benar bimbang apabila mengetahui banduan tersebut meninggal dunia selepas menerima hukuman rotan.

“Kami menentang semua jenis hukuman berunsur penderaan fizikal (corporal punishment) termasuk rotan kerana ia melanggar asas hak asasi dan kehormatan manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Malaysia perlu menyertai negara lain dalam mengambil pendirian tegas menentang hukuman berbentuk penyeksaan dan fizikal.

Menurut suruhanjaya itu, ASEAN – Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja dan Vietnam sudah menyertai Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Perlakuan atau Hukuman Lain Yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Merendahkan Martabat (CAT).

Ia juga menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan penuh, bebas dan telus terhadap punca kematian.

Baru-baru ini, media melaporkan kes kematian banduan di Penjara Pokok Sena, selepas hukuman sebatan adalah disebabkan jangkitan kuman dalam darah. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here