Kumar menunjukkan barang kemas dirampas selepas menahan enam etnik Rohingya yang melakukan pecah rumah, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dengan 54 kes rekod jenayah antara enam etnik Rohingya yang ditahan kerana terlibat kegiatan pecah rumah di Johor dan Melaka sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mereka yang berusia 15 hingga 34 tahun itu ditahan di Kota Tinggi dalam satu operasi bermula 29 September lalu.

“Kita percaya semua yang ditahan ini mempunyai pertalian keluarga tetapi masih belum dapat disahkan kerana semasa tangkapan tiada dokumen. Mereka juga sepakat, susah nak bercakap (buat pendedahan, pemgakuan atau buka rahsia antara mereka).

“Hanya dua daripada suspek termasuk wanita itu yang merupakan dalang kumpulan ini mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Sementara empat lagi suspek tidak mempunyai sebarang dokumen,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Katanya, kumpulan berkenaan aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di kawasan Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Batu Pahat dan Melaka.

Menurutnya, wanita terbabit yang berusia 34 tahun mempunyai 54 rekod lampau melibatkan kes pecah rumah di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

“Suspek wanita ini bersama-sama seorang lagi yang mempunyai kad UNHCR sudah dituduh atas kes peah rumah di mahkamah di Pontian pada awal Februari lalu dan kes masih dalam perbicaraan.

“Sementara menunggu perbicaraan wanita ini masih melakukan kegiatan pecah rumah. Wanita ini dipercayai sudah aktif melakukan pecah rumah sejak berusia 19 tahun pada 2014,” katanya.

Kumar berkata, kumpulan terbabit menyasarkan kawasan perumahan mewah yang tiada pengawal keselamatan dan bergiat aktif pada waktu siang.

“Ahli kumpulan berkenaan akan memantau kawasan sekitar rumah untuk memastikan tiada pergerakan dalam rumah dan seterusnya menggunakan pemutar skru dan pahat kecil untuk mengumpil masuk ke dalam rumah,” ujarnya.

Kumpulan tersebut katanya, akan menyasarkan wang tunai, barang kemas, jam tangan, beg berjenama dan barangan lain yang berharga seta mudah dijual.

Menerusi tangkapan itu, Kumar berkata, pihaknya meramas barang hasil pecah rumah bernilai RM675,000 melibatkan wang tunai, barang kemas, beberapa beg dan jam tangan berjenama yang dilaporkan hilang.

Turut dirampas beberapa beberapa kenderaan dan barangan yang digunakan kumpulan berkenaan untuk melakukan each rumah, katanya.

Beliau memberitahu, hasil kejayaan menumpaskan kumpulan itu, polis berjaya menyelesaikan 21 kes pecah rumah di sekitar Johor sejal awal tahun ini yang menganggarkan kerugian sebanyak RM1.25 juta.

Semua suspek disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan pecah rumah dan Seksyen 411 KK kerna menerima atau menyimoan harta curi.

“Mereka juga disiasat bawah Seksyen 448 KK kerana pencerobohan rumah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Pihaknya masih mencari seorang lagi ahli kumpulan itu bernama Mohammad Shukur Mohamad Salim yang masih bebas.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here