KUALA LUMPUR- Lebih 160 buah rumah dan premis rosak akibat ribut dan hujan air batu yang melanda Kemaman, Terengganu, petang tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, antara yang terjejas teruk adalah Sekolah Menengah Agama Al-Falah.
“Di sini, kita akan menghantar lebih kurang 100 sukarelawan untuk membersihkan kawasan.
“InsyaAllah, semua kerja2 baik pulih akan bermula pagi esok.
“Mohon kepada semua mangsa yang terlibat dapat bersabar.
“InsyaAllah, kami akan menyelesaikan semuanya dengan segera.
Semoga dipermudahkan segala urusan ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, malam ini.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2024/10/464316156_1124079839288598_529401019477924287_n-300x225.jpg)
Foto FB Hanafiah Mat
Hanafiah yang juga EXCO Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu (Pengurusan Bencana) berkata, antara tempat yang terjejas ialah Dun Chukai, Gong Pauh, Pengkalan Pandan, Gong Limau, Kampung Tengah, Teluk Mok Nik dan Kampung Besut.
“Di Gong Pauh kita buka pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini untuk mangsa berlindung sementara kerana sebahagian besar rumah atap rosak teruk,” katanya lagi.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2024/10/464315745_1124079692621946_2633586731644382725_n-300x225.jpg)
Foto FB Hanafiah Mat
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata tujuh rumah dilaporkan mengalami kerosakan di Lorong Gong Pauh manakala selebihnya di beberapa kampung sekitar bandar tersebut akibat
Katanya, selain Sekolah Menengah Agama Al Falah, Bangunan Persekutuan Chukai turut mengalami kerosakan.
Selain itu, sebuah pondok runtuh di Pantai Teluk Mak Nik sehingga menyebabkan kaki seorang lelaki berusia 37 tahun patah ketika berlindung di situ.
“Selain itu, kerosakan turut berlaku di sebuah bank di Jalan Lebai Sarah selain empat gerai dan kedai makan.
“Kita turut menerima enam laporan berhubung kejadian pokok tumbang di bandar ini manakala satu lagi kes pokok serupa di Jalan Ibuk Air Jerneh,” katanya.
Hanyan berkata kejadian angin ibut kencang dan hujan air batu itu berlaku kira-kira jam 4 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -MalaysiaGazette