kpdn
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Cubaan dua warganegara Thailand menyeludup keluar 80 paket minyak masak satu kilogram (kg) terbongkar apabila mereka ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Perak Selasa lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua suspek tidak diberikan sebarang kebenaran untuk membawa keluar barang kawalan itu

“Pasukan penguatkuasa KPDN Gerik telah menahan dua suspek berusia 47 tahun yang disyaki cuba bawa keluar minyak masak ke Thailand,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Kamaluddin, hasil Pemeriksaan lanjut menemui 80 paket minyak itu di dalam satu pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max dengan nombor pendaftaran asing.

Tambah beliau, kenderaan yang digunakan dan barang kawalan bernilai RM40,300 itu telah disita untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast