Foto: Jabatan Kastam Kelantan

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Kelantan menahan dua lelaki disyaki menyeludup 6,719 liter air zam zam dianggarkan bernilai RM146,237 termasuk cukai pada 14 Oktober lepas.

Pengarah Kastam Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kesemua air zam zam itu ditemukan dalam sebuah stor penyimpanan dan dua premis perniagaan di sekitar sini.

Beliau berkata, kesemua air zam zam berkenaan adalah untuk pasaran tempatan dan modus operandi sindiket ini membuat pengikraran palsu semasa proses pengimportan untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Kesemua air zam zam itu dirampas dan ia merupakan barang larangan yang mana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai lesen import selaras dengan Butiran 35, Bahagian I, Jadual III, Perintah Larangan (Larangan Mengenai Import) 2023 dan perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here