logo gari
Gambar hiasan.

BUTTERWORTH – Seorang lelaki Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap pertuduhan menerima suapan RM2,000 minggu lepas.

Pengakuan Aliff Khan, 35, yang bekerja sebagai kontraktor itu direkodkan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Dia didakwa menerima suapan itu dari seorang wanita Indonesia di perkarangan sebuah hotel di sini antara 9.20 malam dan 9.45 malam 17 Oktober lepas, sebagai dorongan untuk membantu bagi mengeluarkan nama wanita itu daripada rekod senarai hitam Imigresen.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Afiqa Liyana Rozman yang tidak menawarkan jaminan kepada Aliff Khan dan menetapkan 20 Nov ini sebagai sebutan semula kes.

Kontraktor itu diwakili peguam Lim Sheng Zhe. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast