PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

BATU GAJAH – Seorang pelajar Tingkatan Tiga diperkosa lima lelaki secara bergilir-gilir di sebuah asrama dekat sini, selepas keluar dengan teman lelaki yang baru dikenali, pada Isnin

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, sebelum itu ibu mangsa telah membuat laporan polis  memaklumkan anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan, pada jam 1.30 tengah hari.

Katanya, hasil siasatan mendapati remaja berusia 15 tahun itu sebenarnya telah berjumpa dengan teman lelaki yang baru dikenali di sekitar Batu Gajah.

Menurut beliau, mangsa kemudian telah dibawa keluar untuk makan bersama sebelum diajak ke sebuah asrama.

“Ketika mangsa tiba, dia mendapati lima orang lelaki berada di dalam asrama tersebut. Mangsa seterusnya ditawarkan masuk ke sebuah bilik kosong untuk tidur dan berehat.

“Kemudian lima orang lelaki tersebut secara bergilir-gilir telah masuk ke dalam bilik berkenaan dan memperkosa mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambah Zulkafli, pasukan polis berjaya mengesan mangsa di asrama berkenaan pada keesokkan hari yang mana pada awalnya mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah oleh ibu.

Kata beliau, mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah untuk disoal siasat dan hasilnya, polis mendapati mangsa telah dirogol lima individu sekitar jam 10.22 malam.

Ujar Zulkafli, susulan itu polis berjaya menjejaki dan menahan lima lelaki yang berusia antara 18 sehingga 27 tahun untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan rekod mendapati dua orang suspek yang berumur 27 tahun mempunyai satu kesalahan jenayah lampau dan satu kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Permohonan reman ke atas lima suspek dibenarkan oleh Majistret Batu Gajah selama enam hari bermula 23 Oktober bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 375b Kanun Keseksaan kerana merogol berkumpulan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun,” jelasnya.

Justeru beliau berkata, pihaknya memandang memandang serius dan komited dalam menangani isu berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak terutama membabitkan pelajar sekolah.

Di samping itu ujar beliau, masyarakat terutama ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar peka terhadap keberadaan anak-anak di bawah jagaan mereka.

Tambah Zulkafli lagi, selain daripada memantau penggunaan telefon bimbit dan media sosial, ibu bapa juga dinasihatkan untuk mengetahui kenalan rapat anak-anak mereka supaya tidak terjerumus kepada perkara tidak baik.

“Pengabaian pemantauan dan kawalan daripada ibu bapa menyebabkan anak-anak terjerumus kepada perkara yang tidak baik, serta berakhirnya dengan menjadi mangsa jenayah seksual,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here