Pelajar yang akan menduduk SPM bergambar bersama guru dan wakil persatuan penduduk di Masjid Ukay Perdana baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 50 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menyertai Program Komuniti Ukay Bijak yang diadakan di Masjid Ukay Perdana, baru-baru ini.

Program yang diilhamkan dan dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Villa Teratai Ukay Perdana berjaya mencapai objektif untuk menggabungkan usaha kerjasama antara persatuan penduduk, masjid dan juga komuniti setempat.

Pengerusi persatuan penduduk itu, Arzaman Ariffin berkata, menerusi program yang didakan ia membolehkan pelajar mendapat kefahaman yang jelas tentang teknik menjawab kertas peperiksaan serta memperoleh suntikan semangat serta motivasi daripada guru.

Ujarnya, program dua hari yang mendekatkan pelajar cara menjawab empat kertas soalan mata pelajaran teras SPM itu terbuka secara percuma kepada semua pelajar tidak mengira daripada kumpulan keluarga T20 sehingga kepada golongan asnaf yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan.

“Program ini turut melibatkan aspek insaniah dengan mengalakkan pelajar mendekati masjid sebagai salah satu pusat pembangunan insaniah sama ada aspek ‘spiritual’ dan juga akademik.

“Ia juga dapat menggalakkan mereka bersolat berjemaah di masjid serta mengajar adab serta kelakuan ketika di dalam kawasan masjid,” katanya.

Program tersebut turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Skop Productions Sdn. Bhd., Lembaga Zakat Selangor (LZS), Restoran Paklong Ikan Bakar dan Restoran Nasi Vanggey serta penderma individu.

Katanya, program susulan berkaitan motivasi kepada pelajar SPM itu akan dianjurkan tidak lama lagi sebelum pelajar menduduki kertas peperiksaan penting pada hujung tahun ini. – MalaysiaGazette

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here