Home Nasional Diapit ‘bodyguard’ cilik, PM ‘spotcheck’ stesen minyak

Diapit ‘bodyguard’ cilik, PM ‘spotcheck’ stesen minyak

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, Putrajaya selepas selesai menunaikan solat Jumaat, hari ini.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasil pemeriksaan itu beliau percaya masih ada ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak.

Ini termasuk kemudahan yang disediakan seperti menyediakan sejadah dalam keadaan yang baik.

“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16 termasuk dari segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.

“Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, kesiapsiagaan itu dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan stesen minyak ke tahap yang lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here