Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Arab Saudi, hari ini

KUALA LUMPUR- Kerajaan Arab Saudi mengutuk tindakan biadap rejim Israel yang menyerang Iran.

Tegasnya, Israel telah mencemar kedaulatan Iran dan dengan jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Kerajaan Arab Saudi dengan tegas menolak sebarang peningkatan konflik yang boleh mengancam keselamatan negara serta penduduk di rantau Asia Barat,” kata Kementerian Luar Arab Saudi dalam kenyataan hari ini.

Ia turut menggesa semua pihak untuk mengambil tindakan yang boleh menghalang dan meredakan ketegangan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Tehran digegarkan beberapa siri letupan pagi ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast