Gambar hiasan.

GERIK – Bapa berusia 42 tahun ditahan semalam selepas disyaki merogol anak kandungnya di Bersia, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, susulan kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun membuat laporan polis sekitar jam 12.23 malam kelmarin mendakwa dia dirogol suspek terbabit.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian rogol itu berlaku antara jam 1 hingga 5 pagi Rabu lalu di Bersia. Mangsa telah dibawa membuat pemeriksaan di hospital sebelum hadir membuat laporan di balai polis.

“Susulan laporan polis itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di Jeti Air Temin pada jam 7.45 pagi tadi (semalam),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek turut mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sumbang mahram.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 373(3) Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol,” jelasnya. – MG Perak

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here