Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

PETALING JAYA – “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengenai terdapat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak cukup kakitangan untuk menubuhkan unit integriti.

Tegas beliau, setiap 156 PBT yang didaftarkan di negara ini diwajibkan menubuhkan unit integriti selaras dengan Strategi Anti Rasuah Kebangsaan (NACS).

“Saya bukan minta PBT tubuh unit integriti yang memiliki kekuatan 100 orang, cukup satu atau dua orang sudah memadai.

“Untuk makluman semua, di era globalisasi ini setiap kakitangan dan pegawai di PBT termasuk saya sendiri kena multitasking (serba boleh).

“Lepas ini, saya kena buat TikTok pulak dan hampir setiap hari saya diarahkan membuat kandungan TikTok dan inilah multitasking, penjawat awam pun sama juga, semua pegawai atasan saya juga multitasking,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Konvensyen PBT Kebangsaan 2024 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Tambahnya, kebolehan multitasking tidak akan menghalang kakitangan PBT untuk melaksanakan tugas hakiki.

Dalam perkembangan berkaitan, Kor Ming menyeru PBT di tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perlis untuk segera menubuhkan unit integriti masing-masing.

“Maka saya berharap selepas konvensyen ni mereka akan segera mengambil inisiatif tersebut kerana kita sudah pun mengeluarkan surat pekeliling selaras dengan NACS, dan akan bekerjasama rapat dengan SPRM dalam soal ini,” ujarnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast