Kebakaran yang berlaku di Lorong Jati, Kampung Kinabutan, Batu 5 Jalan Apas, Tawau, tengah malam tadi hingga mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan 40 rumah di Lorong Jati, Kampung Kinabutan, Batu 5 Jalan Apas, Tawau, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam itu, sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah yang rapat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau (BBP), Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.55 tengah malam.

“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki berumur lima tahun ditemui rentung pada jam 4.50 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Api dapat dikawal pada jam 2.28 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.06 pagi tadi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambahnya, dalam operasi pemadaman itu pihaknya dapat menyelamatkan lebih 68 rumah berhampiran. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here