Sawarak state election government assembly Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

KUALA LUMPUR – Kerajaan Sarawak akan mengkaji kemungkinan membangunkan penjanaan tenaga di laut dengan menggunakan teknologi dikenali sebagai Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC).

Menurut laporan, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dipetik berkata, ia adalah satu lagi usaha berterusan untuk mencari sumber tenaga boleh diperbaharui, selain gas, hidroelektrik dan solar.

Justeru, beliau memaklumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama pegawainya telah diminta menjalankan kajian kemungkinan itu.

“Mungkin Sarawak mempunyai sumber baharu daripada tenaga hijau ini.

“Mudah-mudahan mereka berjaya membuat penerokaan tenaga baharu ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, malam tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast