Polis mencari seorang remaja perempuan yang dipercyai hilang sejak dua hari lalu. Gambar PDRM Subang Jaya

KUALA LUMPUR – Polis menerima aduan berhubung kehilangan seorang remaja perempuan berbanga India berusia 15 tahun yang tidak pulang ke rumahnya sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, kali terakhir remaja perempuan itu dilihat berada di pusat beli-belah AEON Big di Jalan Kemajuan dekat Subang Jaya pada pukul 12 tengahari, Jumaat lepas.

Katanya, remaja perempuan itu memiliki ketinggian 168 sentimeter dengan berat badan 55 kilogram.

“Remaja itu turut memiliki fizikal dengan kulit berwarna coklat, mata dan rambut berwarna coklat, berbibir tebal dan mulut kembang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja perempuan berkenaan diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau mengubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat IPD Subang Jaya ditalian 03-78627222/ 03-78627100 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here