Ihsan Foto : Bomba

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Pasar Bisik, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, semalam.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.41 tengah hari.

“Sejurus kejadian itu, sepasukan anggota BBP Tikam Batu yang diketuai Rudzuan Hashim bersama 13 anggota serta Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) telah bergerak ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di situ, pencarian awal telah dilakukan di permukaan air dan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat diAir (PPDA) telah diarahkan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Misi mencari mangsa dilakukan dengan menggunakan sebuah bot aluminium dan dibantu empat buah bot nelayan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditangguhkan pada jam 6.56 petang atas faktor keselamatan dan telah disambung semula hari ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast