Ihsan Foto : PGA

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas ditangkap kerana disyaki memiliki lima kilogram daun mampat jenis ganja bernilai lebih RM16,000 di hadapan sebuah stesen mintak di Salor, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Penangkapan itu dilakukan oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan kira-kira jam 1.40 tengah hari itu menemui dadah tersebut di dalam sebuah van yang dipandu lelaki warga Thailand berusia 67 tahun itu.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, Op Taring Wawasan itu dilaksanakan atas maklumat yang diterima mengenai penyeludupan dadah.

Sejurus itu, satu tangkapan dilakukan apabila sebuah van jenis Toyota Hiace dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan telah menemui daun mampat jenis ganja di dalam van putih itu.

“Nilai rampasan termasuk kenderaan serta dua telefon bimbit bernilai RM129,514.50. Suspek telah dibawa ke IPD Kota Bharu untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Sek 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“PGA akan terus komited untuk mempergiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan dadah dari terus berleluasa di dalam negara,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast