KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah proaktif dan tegas dalam memastikan tindakan ‘meminta maaf’ yang hanya dilihat untuk menyelamatkan diri tidak berulang setelah sesuatu isu ditimbulkan.
Ini kerana, tindakan seperti itu seolah-olah sudah menjadi alat gurauan pihak-pihak yang cetek ilmu patriotik dan kaum, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Khairul Walid Mohamed.
Menurutnya, beliau mendapati pelbagai insiden memalukan dan tidak patriotik terhadap Malaysia sebagai tanah air sendiri serta orang Melayu kerap berlaku dan apabila rakyat menyerang, pihak terbabit hanya tampil meminta maaf tanpa dikenakan sebarang tindakan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan seiring undang-undang sedia ada.
“Adakah ia semudah itu setelah mengguriskan hati rakyat Malaysia terutama orang Melayu?
“Lihat sahaja baru-baru ini, kejadian yang menimbulkan rasa tidak puas hati majoriti rakyat Malaysia terutama orang Melayu di Menara Condong di Perak manakala, sebelum itu, kejadian lebih kurang sama di sebuah sekolah di Pulau Pinang.
“Tepuk dada tanya diri kita, adakah tidak terdetik rasa sakit dalam hati apabila bendera negara China dikibarkan sesuka hati di tanah air kita, walhal ia tidak mempunyai asbab untuk dikibarkan di negara ini,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang itu mempersoalkan, untuk apa bendera itu dikibarkan sesuka hati seolah-olah mahu mengagung-agungkan negara terbabit, sedangkan Malaysia yang memiliki rakyat berbilang bangsa wajib mempertahankan kedaulatan negara.
Tegasnya, sikap yang dipamerkan pihak tidak bertanggungjawab itu perlu ditangani segera supaya ia tidak meracuni generasi muda hingga boleh memudaratkan semangat patriotisme sebagai anak Malaysia.
“Peganglah pepatah ini, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dan sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya kita wajib mendahulukan nilai-nilai dan budaya Malaysia seiring dengan konsep Malaysia Madani.
“Kita bercakap mengenai kedaulatan negara tetapi, pihak yang cetek ilmu cuba membuat persamaan dengan tindakan mengibarkan bendera Palestin, dangkal sungguh kenyataan itu umpama menegak benang yang basah,” ujarnya.
Katanya, mengibarkan bendera Palestin dilakukan kerana satu dunia mengetahui kekejaman dan penindasan oleh tentera Zionis kerana melakukan pembunuhan sesuka hati ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Tambah beliau, penjajah Israel sudah terang-terangan melakukan jenayah perang malah, mendapat tentangan dan bantahan pelbagai negara di dunia termasuk yang disuarakan di Majlis Keselamatan PBB.
“Sudah pastinya ia berkaitan kejahatan penjajah Israel. Maka sudah pastinya ia perkara berbeza mengenai keprihatinan ke atas mangsa jenayah perang dan kedaulatan negara Malaysia,” jelas beliau. – MalaysiaGazette
terlalu lemah otak orang melayu kita hari ini dek kerana sebahgian kecil gulongan perkauman menghasut. orang kibar bendera pun dah didik rasa takut terkencing dalam seluar . bagaimana kalau orang datang menyerang . kalau lawan mati . dah sanggup mati dah ke atau mau hubungan diplomasi untok kemajuan masa depan . tak payah lah duk menghasut rakyat dengan kata kias songsang mata kita bulat mata dia sepit . kulit kita gelap kulit dia putih . darah kita lembu darah dia babi . tajam hasutan itu dalam negara berbagai kaum ini . harap pemerintah dapat basmikan kaum ini jangan biar kan hidup dalam masyarakat majmuk