PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang membuat tuduhan kononnya tiada menteri daripada parti itu turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam masa yang sama meminta meminta Ahli Parlimen Bagan itu mengimbau kembali bantuan dihulurkannya ketika musim banjir di Pulau Pinang semasa Guan Eng bergelar Ketua Menteri pada tahun 2017.
“Ingat itu..ingat itu. Jangan bila tiada jawatan dalam kerajaan, tuduh sana dan tuduh sini.
“Sewaktu beliau (Guan Eng) jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau menangis telefon saya pada pukul 3.38 pagi dan saya dari Sarawak terus turun ke Pulau Pinang untuk membantu beliau,” katanya ketika ditemui di Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia Madani di sini hari ini.
Sebagai rekod, Guan Eng ketika sesi perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berterima kasih kepada barisan menteri Kerajaan Perpaduan yang turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan kawasan parlimennya.
Beliau dalam masa yang sama secara sinis berkata ‘menteri UMNO kurang bantu sikit’.
“Bermula dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), menteri-menteri DAP tentulah dan juga menteri dari GPS, GRS dan UPKO dan Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli) juga.
“Kecuali UMNO kurang sikit, mungkin masa depan boleh tambah banyak…kita harapkan begitu,” kata Guan Eng.- MalaysiaGazette
kena MAKAN SUMPAH ,,,,NO DAPIG NO ANWAR…..ZAHID DAN UMNO TIDAK PERLU MENYESAL
DAP BOLEH KE TERIMA MAAF UMNO.????…..ATAU UMNO YANG TUTUP MATA PEKAK TELINGA BUTA HATI KENA PULUN MAKI HAMUN KUTUK FITNAH DARI DAP DAN PAN…..GADAI PRINSIP ANAK BANGSA AGAMA KERANA SUJUD PADA DAPIGS