KUALA LUMPUR – Para penuntut institusi pendidikan tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Disember 2024.

Permohonan boleh dibuat melalui portal digital MySISWAPLACE.

Portal MySISWAPLACE dikendalikan Yayasan Perkasa Siswa yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan para pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif berkenaan.

YPS, yang berperanan dalam menyelaras kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa secara menyeluruh, melihat portal ini sebagai transformasi digital penting yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop center) bagi pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada pelajar.

Dalam portal ini, mahasiswa dapat menikmati pelbagai kemudahan dengan pantas, selaras dengan matlamat YPS untuk memastikan tidak ada mahasiswa yang tercicir dari mendapatkan bantuan, terutama bagi mereka yang berkeperluan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast