ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem hadir pada Program Platform MG bertajuk 'YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular' di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2024.

BANGI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menafikan video-video yang dimuatnaik di media sosialnya sehingga tular dan menyentuh hati masyarakat sebagai lakonan semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata, wajah-wajah pengundi kawasan Duyong yang ditampilkannya adalah realiti kehidupan pengundi yang memerlukan bantuan.

“Adakah anda menyangka kami berlakon di media sosial? Bayangkan satu orang contohnya Uncle Wong watak yang sentiasa ada, dia nak baca ucapan raya pun menggigil apatah lagi nak baca skrip. Bukan semua yang kita tonjolkan di media sosial sebagai lakonan. Ia realiti kehidupan.

“Kenapa ia menyentuh hati tuan dan puan kerana kita bercerita tentang realiti kehidupan yang bukan retorik. Ia sebagai tempelan untuk kami melengkapkan tanggungjawab,” katanya ketika menjadi panel pada ‘Platform MG Siri 4: YB Muda Buat Kerja Atau Sekadar Popular?’ di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

Suasana sekitar Program Platform MG bertajuk ‘YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular’ di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2024.

Malah beliau menyifatkan wajah-wajah pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang dipaparkannya dalam video di media sosial merupakan watak utama dalam khidmatnya sebagai ADUN.

“Saya bukanlah pelakon utama dalam video-video itu, saya hanya pelakon pembantu. Saya hanya pelakon tambahan di setiap video saya menunjukkan wajah-wajah sebenar keluarga Duyong saya Ketika saya berkhidmat melaksanakan tugas.

“Inilah orang yang ada di sekeliling saya, jadi tidak ada istilah pemisahan kurator atau dengan wakil rakyat sebab dalam saya melaksanakan tugas saya sebagai wakil rakyat inilah kehidupan saya, inilah Uncle Wong dan semua yang ada di sekeliling saya… No such thing tentang kita buat lakonan, cubalah buat kita boleh tengok impaknya orang boleh tahu pada akhirnya kalau begitu,” katanya lagi.

Suasana sekitar Program Platform MG bertajuk ‘YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular’ di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto AIZAT ZAINAL, 29 OKTOBER 2024.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada salah seorang pelajar FSSK yang bertanya bagaimana ahli politik mengimbangi tugas hakiki dalam masa yang sama perlu relevan di media sosial.

ADUN Duyong itu antara wakil rakyat  di cukup popular dan perkongsiannya mengenai aktiviti bersama penduduk tular  media sosial kerana sikap keprihatinan dan tuntas menyelesaikan masalah-masalah rakyat di kawasannya.

Atas sikap tanggungjawabnya, beliau sentiasa menjadi indivdu yang disayangi oleh penduduk setempat, bahkan dikenali oleh kanak-kanak. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast