ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem bercakap pada Program Platform MG bertajuk 'YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular' di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2024.

BANGI – Menjadi wakil rakyat pembangkang bukan alasan untuk menjalankan tugas, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Sebaliknya beliau berkata, meskipun tidak cukup peruntukan wakil rakyat perlu kreatif mencipta sumber kewangan dengan mengolah kuasa masing-masing.

“Wakil rakyat kena kreatif cari sumber kewangan, wakil rakyat kena pandai uruskan kuasa tidak kisahlah ia wakil rakyat pembangkang diPersekutuan apatah lagi di dalam sebuah kerajaan.

“Yang penting adalah arahan dilaksanakan. Kalau jadi wakil rakyat pembangkang adakah nak jawab saya tidak ada duit dari kerajaan?,” katanya.

Beliau berkata demikian Ketika menjadi salah seorang panel ‘Platform MG Siri 4: YB Muda Buat Kerja Atau Sekadar Popular?’ di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

Suasana sekitar Program Platform MG bertajuk ‘YB Muda, Buat Kerja atau Sekadar Popular’ di Dewan FSSR, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Foto MOHD ADZLAN, 29 OKTOBER 2024.

Ujarnya, wakil rakyat perlu berusaha memastikan ada masalah rakyat setempat yang berjaya diselesaikan.

“Kalau tidak dapat selesaikan beberapa rangkai, saya selesaikan rangkai. Kalau tidak dapat selesaikan serangkai, buat gotong-royong paling tidak ada usaha,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama seorang lagi panel program tersebut, ADUN Kota Siputeh Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menyifatkan peruntukan yang diterima oleh ADUN sebanyak RM150,000 setahun tidak cukup untuk kegunaan membantu masyarakat setempat keseluruhannya.

Sehubungan itu beliau berkata wakil rakyat sepertinya perlu mencari penaja lain untuk menambah kekurangan dana.

“ADUN dapat jumlah itu setahun boleh buat apa? Kita kena jadi bijak sana jadi, bijak situ, cari sponsor. Itulah cabaran kami itulah digunakan untuk mangsa banjir, baiki bumbung, dan lain lagi,” tambahnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast