Tangkap layar video yang tular memaparkan sebuah rumah terbakar selepas dibaling bom api di Taman Delima, Kluang awal pagi semalam

KLUANG – Tular video perbuatan ahlong bertindak ganas membaling bom api di sebuah rumah di Jalan 14/1, Taman Delima di sini pada awal pagi semalam.

Perbuatan tersebut mengakibatkan pihak bomba dan jenteranya terpaksa dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menghalang kebakaran merebak.

Video yang tular tidak sampai satu minnit itu memaparkan beberapa anggota bomba di pekarangan rumah mangsa selain terdapat nota ugutan ditinggalkan ceti haram itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan kejadian itu pukul 4.15 pagi semalam.

“Anggota polis ke tempat kejadian mendapati rumah telah terbakar dan terdapat nota ugutan yang ditinggalkan. Hasil siasatan mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni sejak seminggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya

Tambah beliau, kes juga disiasat bawah Seksyen 506 akta yang sama, jika sabit kesalahan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here