Logo Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)

KUALA LUMPUR – Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (AJP NAFAS) dan pihak pengurusan tidak berhak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam tempoh penggantungan.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Amir Matamin, mana-mana AJP dan pihak pengurusan yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk arahan mengosongkan jawatan.

“Jadi dalam tempoh ini mereka perlu bertenang menyerahkan kuasa kepada pendaftar untuk mentadbir, mereka masih lagi berkuasa sekiranya kita lepaskan kuasa (tamatkan penggantungan ini),” ringkas katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Amir mengumumkan penggantungan perlembagaan NAFAS susulan ketidakharmonian yang tercetus apabila AJP dilihat mengeluarkan kenyataan membelakangi LPP.

Baru-baru ini media melaporkan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memecat salah seorang daripada 16 AJP NAFAS, Fairuz Bandar.

Dikatakan tindakan itu dimaklumkan kepada Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin melalui surat bertarikh 23 Oktober lalu.

Pemecatan itu dibuat sehari sebelum penyebaran kenyataan media dikatakan daripada AJP yang ‘menggantung’ tugas Faris atas dakwaan siasatan salah guna dana.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

NAFAS digantung, AJP, kakitangan pengurusan tak berkuasa sementara – Amir

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here