Seorang lelaki Sri Lanka maut selepas terjun dari jejantas antara Bangunan JB Sentral dan BSI di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara Sri Lanka maut selepas terjun dari jejantas antara Bangunan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pada pukul 4.48 petang itu berlaku semasa lelaki tersebut cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Lelaki berkenaan berusia lingkungan 30 tahun yang dipercayai bekerja sebagai operator kilang.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke atas sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang melalui kawasan jejantas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Hasil siasatan mendapati katanya, mangsa bertindak demikian kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan JIM di BSI.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke HSA untuk bedah siasat dan tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifisasikan sebagai mati mengejut.

Tambahnya rang ramai yang mempunyai sebrang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here