Reaksi penusaha tadika dan taska di Pahang susulan penambahan kos operasi industri penjagaan kanak-kanak dijangka akan meningkat dengan ketara selepas kadar gaji baharu RM1,700 dikuatkuasa Februari 2025 nanti

KUANTAN – Persatuan Pengasuh Negeri Pahang memberi jaminan tidak berlaku kenaikan ketara kadar yuran bagi perkhidmatan ditawarkan ahli persatuan itu.

Presidennya, Zuebaidah Husin berkata, perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada pengurusan pusat masing-masing susulan pengumuman kadar gaji minimum oleh kerajaan semasa pengumuman Belanjawan 2025.

Beliau yang sudah berpengalaman 21 tahun dalam industri berkata, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dan menggesa kerajaan agar memberikan subsidi kepada anak asuhan yang berada di tadika dan taska berdaftar di negeri ini.

”Pada saya ia bergantung pengurusan masing-masing, kita setuju apa yang diumumkan kerajaan berkaitan gaji munimum sebanyak RM1,700, kita terima apa yang disarankan sebab kos tinggi sekarang.

”Tetapi persoalannya adakan ibu bapa terima? Ia berbalik kepada ibu bapa. Ibu bapa kena gesa kerajaan,beri subsisdi kepada anak yang dihantar ke tadika dan taska yang daftar.

”Sebenarnya ada subsidi, ada sekarang tetapi tak semua pelajar dapat kerana per kapita berbeza antara di bandar, di luar bandar di pinggir bandar lain,”  katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Jelasnya, industri pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak akan tutup tanpa sokongan ibu bapa dan kerajaan jika isu kenaikan yuran berterusan.

Pengusaha tadika, Faliza Iktisas, 54, memutuskan tidak menaikkan yuran kerana khuatir bilangan anak asuhan akan berkurangan.

Meskipun dalam dilema, namun beliau tekad mengusahakan tadika miliknya di Indera Mahkota 8 dengan melakukan pekerjaan sampingan bagi mengekalkan kakitangannya.

”Kalau naikkan yuran nanti susah nak dapatkan pelajar, saya ada pekerja yang ramai, bila tak ada orang (pelajar) lagilah teruk bisnes.

”Saya dalam dilema, kalau tak naik memang harga barang naik tapi kalau naik orang tak bayar. Kalau naik dua tiga empat bulan ibu bapa tak bayar yuran… jadi kena ‘survive’ dengan simpanan sendiri.

”Kalau naikkan yuran pun dulu RM5 hingga RM10, tak pernah naik sehingga 25 peratus…. cukuplah sekadar menanggung kos, bukan mengejar keuntungan, ” katanya.

Sementara itu bagi Hulma Mohd Nordin, 48, suka atau tidak para pengusaha perlu akur dengan pengumuman kerajaan berhubung gaji minimum dan menaikkan yuran taska dan tadika.

Menurutnya, perkara tersebut perlu diselaraskan kerana majikan juga tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

”Kita sepatutnya ikut kerana kenaikan gaji, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan barang makan, kena ikut industri.

“Gaji kita ikut undang-undang, kena selaras semua, lainlah kalau sewa, Socso tidak naik.

”Dengar yuran naik Februari ini, kita dengar pun jadi takut dan bimbang kerana fikir boleh ke untuk bertahan sebab nak naik yuran pula bukan semua ibu bapa mampu.

”Tapi kenaikan gaji dah tentu kena naik sebab ikut undang-undang sebab dah ia diwar-warkankan, mesti demand kerana mustahil pekerja reda bila majikan tidak naik nanti kena saman pejabat buruh pula,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast