Penyanyi, Misha Omar membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto SYAFIQ AMBAK, 03 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Penyanyi Misha Omar dan teman seperjuangan, Idayu  menjelaskan mereka bukan penyanyi wanita yang dilapor ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok kelmarin.

Melalui hantaran Instagram, Misha, 42, menafikan dirinya terbabit dalam kes itu, namun, berterima kasih atas keprihatinan ramai.

“Terima kasih kepada yang hantar dan bertanya kepada saya, sama ada saya okay atau tidak. Ini bukan saya… Jangan risau, okay?” katanya.

Sementara itu, Idayu atau nama penuh, Nur Farah Idayu Yaakob, 39, menafikan dirinya terkait dalam tangkapan itu.

“Ramai betul yang ‘tagged’ kita. Kes penyanyi wanita asal Kelantan… Kena tahan bersama pil. Bukan saya ya, harap bertenang,” katanya.

Kedua-dua mereka berasal dari Kelantan.

Media melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi kelmarin.

Semua individu berusia antara 25 tahun hingga 32 tahun ditahan jam 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.

Dalam tangkapan itu, polis Thailand dilapor merampas 6,000 biji pil kuda.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast