MOSCOW- Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Timur Tengah, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sebelum ini, Pentagon memaklumkan bahawa AS telah menghantar kapal pembinasa, pesawat pengebom dan jet pejuang ke Timur Tengah.

Aset ketenteraan ini akan mula tiba dalam beberapa bulan akan datang, manakala kumpulan “carrier strike” yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln bersiap untuk berlepas ke rantau berkenaan, menurut kenyataan itu.

“Pesawat pengebom strategik B-52 Stratofortress dari Sayap Pengebom kelima di Pangkalan Tentera Udara Minot telah tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat AS,” kata CENTCOM menerusi platform X.

Pada Sabtu, portal Axios melaporkan dengan memetik sumber, bahawa AS memberi amaran kepada Iran bahawa ia tidak dapat menghalang Israel daripada bertindak balas sekiranya terdapat serangan dari Tehran.

Sebelum ini, jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam, Jeneral Ali-Mohammad Naini berkata bahawa Tehran akan memberi respons tegas “di luar jangkaan” Israel terhadap serangan baru-baru ini di wilayahnya.

Di samping itu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei berkata bahawa Tel Aviv dan Washington pasti akan menerima tindak balas terhadap tindakan mereka terhadap Iran dan barisan penentangan.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here