Pasukan penyelamat berusaha membantu mengeluarkan pemandu lori yang cedera dalam kemalangan di Batu 8 dekat Kuantan hari ini

KUANTAN -Seorang pekerja bengkel besi yang sedang makan di sebuah warung maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah lori merempuh warung tersebut di persimpangan Kampung Seri Damai Baru, Batu 8, Jalan Kuantan-Maran, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dalam kejadian pada 3.40 petang itu, mangsa, Affendi Abd Wahab, 51, dari Taman Guru di sini, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

https://malaysiagazette.com/2024/11/04/lori-terbabas-rempuh-warung-tiga-lelaki-cedera/

Beliau berkata seorang lagi lelaki berusia 40 tahun mengalami kecederaan di bahagian sendi bahu, punggung dan tangan dan kini sedang dirawat di wad kecemasan Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur di sini.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 25 tahun itu datang dari arah Kampung Pandan menghala ke Gambang. Tiba-tiba, lori tersebut hilang kawalan dan terbabas melanggar warung yang terletak di bahu jalan serta dua pelanggan yang berada di dalam warung tersebut.

“Hasil siasatan awal juga menunjukkan kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang hilang kawalan. Pemandu lori itu mengalami pendarahan dalam kepala dan cedera di tangan dan kini sedang dirawat di HTAA,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Mohd Zahari berkata sampel darah dan air kencing pemandu lori itu akan diambil untuk tujuan ujian toksikolog dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast