Pasukan penyelamat berusaha membantu mengeluarkan pemandu lori yang cedera dalam kemalangan di Batu 8 dekat Kuantan hari ini

KUANTAN – Sebuah lori tanah terbabas dan merempuh warung di tepi jalan di Batu 8, Jalan Gambang di sini, sehingga mengakibat tiga lelaki cedera dalam kejadian 4 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, salah seorang mangsa kritikal akibat diseret lori terbabit.

Manakala seorang lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dikeluarkan orang awam.

“Pemandu lori turut mengalami cedera ringan dalam insiden tersebut.

“Kita telah memberikan bantuan awal kepada semua mangsa yang cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, mangsa yang kritikal turut diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh pasukan EMRS Bomba dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi menerima rawatan lanjut.

Tambahnya serama lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast