Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bekalan runcit gas asli mampat (NGV) di seluruh negara akan ditamatkan secara berperingkat mulai 1 Oktober 2024 dan menjelang suku tahun kedua 2025, tiada lagi sebarang bekalan runcit NGV dan kenderaannya akan ada di dalam pasaran Malaysia.