Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

KUALA LUMPUR – Pertikaman lidah antara Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) di Dewan Rakyat tidak berkesudahan hari ini.

Ia berterusan apabila Rayer menjelaskan, DAP akan mengemukakan satu usul untuk mengheret Awang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Saya mencabar (Ahli Parlimen) Pendang dalam masa 24 jam kalau betul ada keterangan untuk menyokong kenyataan beliau dalam Dewan Rakyat untuk membuat satu laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan mengatakan siapakah ahli Parlimen daripada DAP itu di mana terjumpa wang sebanyak RM9.4 juta,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Rayer juga akan memohon kepada Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan tegas kepada Awang kerana dakwaan mengeluarkan fitnah kepada DAP.

“Tindakan beliau (Awang) adalah satu tindakan yang semberono dan tidak bertanggungjawab sebagai ahli Parlimen yang mana menggunakan kekebalan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan liar dan jahat,” katanya lagi.

Sebelum ini, Rayer dan Awang bertikam lidah dalam sesi perbahasan Rang Undang-udang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat.

Rayer ketika di Dewan Rakyat ‘panas telinga’ apabila Awang menyebut parti DAP bukan malaikat.

Berikutan itu, Rayer mencabar Awang untuk mengulangi kenyataan itu di luar dewan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

‘DAP bukan malaikat’, Rayer panas telinga

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast