Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status bayaran balik pembayar cukai menggunakan portal MyTax.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiada sebarang makluman menggunakan portal MyTax boleh dilakukan tanpa kebenaran dan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, LHDN turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.

“Sebagai sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan, LHDN memandang serius terhadap penyalahgunaan nama HASiL di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Secara amnya, sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” demikian menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, tambah kenyataan itu, LHDN turut mengingatkan orang ramai berhati-hati dengan sebarang bentuk e-mel, pautan dan teks WhatsApp yang mencurigakan.

Jelasnya, sebarang semakan maklumat berkaitan percukaian boleh dibuat menerusi saluran yang sahih seperti berikut portal rasmi di www.hasil.gov.my; portal MyTax di https://mvtax.hasil.gov. my: HASiL Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 atau berkunjung ke pejabat LHDN berhampiran.

“LHDN memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh HASiL dalam urusan pentadbiran percukaian.

Oleh yang demikian, LHDN akan terus berusaha menambah baik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif bagi menangani isu  ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast