Menara Merdeka 118 bersama bangunan pencakar langit yang lain ketika tinjauan sempena Belanjawan 2025 sektor ekonomi di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL. 18 OKTOBER 2024.
Menara Merdeka 118 bersama bangunan pencakar langit yang lain ketika tinjauan sempena Belanjawan 2025 sektor ekonomi di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL. 18 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, 18 Oktober lalu menepati kerangka Ekonomi Madani yang bermatlamat melakar agenda memperkasa ekonomi negara dan mengangkat martabat rakyat.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee, belanjawan itu menepati objektif mengukuhan ekonomi kumpulan sasar dalam semua lapisan masyarakat.

Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee,Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia. Kerangka Ekonomi Madani Bajet 2025 Analisis
Dr Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia.

Umi Hamidaton berkata, penduduk luar bandar misalnya menerima peruntukan berjumlah RM1 bilion melalui Ikhtiar Sejati Madani yang melibatkan agihan antaranya RM600 juta bagi merancakkan ekonomi pedesaan dan RM200 juta untuk Kampung Angkat Madani.

Sejumlah RM100 juta diperuntukan bagi universiti awam bagi melaksana Kampung Angkat Madani serta institusi TVET yang akan memberi khidmat seperti baik pulih rumah dan pendawaian elektrik kepada komuniti.

“Banyak yang sudah mula berpindah dari kawasan bandar ke luar bandar. Mereka ini memilih persekitaran yang lebih kondusif di kawasan luar bandar dan mencari gaya hidup lebih tenang dan stabil.

“Sejati Madani ini merupakan insiatif membangunkan prasarana dan infrastruktur di luar bandar agar menyediakan keseimbangan masyarakat di luar bandar supaya hidup lebih selesa, taraf kehidupan lebih terjamin seperti mana di bandar,” katanya.

Tambahnya, peruntukan RM2.78 bilion bagi kumpulan pesawah dan nelayan dengan agihan antaranya RM300 juta bagi penanaman bawang dan penternakan talapia, RM200 juta untuk pengusaha agromakanan dan RM27 juta untuk penternakan haiwan mencerminkan iltizam kerajaan dalam menjayakan Ekonomi Madani.

Sawah padi pada musim menuai ketika tinjauan sempena belanjawan 2025 sektor pertanian di Kampung Tanjung Kapur, Jitra, Kedah. Foto MALAYSIA GAZETTE. pertanian kerangka ekonomi madani
Sawah padi pada musim menuai ketika tinjauan sempena belanjawan 2025 sektor pertanian di Kampung Tanjung Kapur, Jitra, Kedah. Foto MALAYSIA GAZETTE.

“Peruntukan diberikan kepada golongan petani iaitu kumpulan rentan yang sememangnya memerlukan bantuan dan pertolongan daripada kerajaan.

“Kita cuba menaikkan pengeluaran makanan supaya negara tidak bergantung kepada bahan import dari luar seperti Thailand. Ini untuk menggalakkan pertanian dan keterjaminan makanan.

Orang ramai membeli barang keperluan harian sempena cuti umum Maulidur Rasul dan Hari Malaysia 2024 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2024.
Orang ramai membeli barang keperluan harian sempena cuti umum Maulidur Rasul dan Hari Malaysia 2024 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2024.

“Kalau kita lihat sekarang halatuju kerajaan dan Perdana Menteri adalah memperkasakan industri halal dan perbankan Islam,” jelas beliau.

Belanjawan 2025 turut menyediakan RM600 juta melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan SME Bank yang menawarkan pembiayaan khusus kepada PMKS halal yang pastinya akan merangsang industri halal dalam kalangan PMKS.

Mengulas lanjut, Umi Hamidaton turut menarik perhatian mengenai insiatif keterangkuman dalam Belanjawan 2025 di mana kerajaan juga tidak mengenepikan Sabah dan Sarawak apabila menyediakan peruntukan berjumlah RM6.7 bilion.

“Ini bajet pembangunan di bawah Sabah dan Sarawak memang antara paling banyak sekali gus menunjukkan hak kedua-dua negeri ini tidak dinafikan.

Penduduk kampung berpakaian Tradisional Bangsa Iban Sarawak pada program Kampung Angkat MADANIKKR di Kampung Song Kapit, Sarawak. Foto AIZAT ZAINAL, 12 MEI 2024
Penduduk kampung berpakaian Tradisional Bangsa Iban Sarawak pada program Kampung Angkat MADANI KKR di Kampung Song Kapit, Sarawak. Foto AIZAT ZAINAL, 12 MEI 2024

‘Kerajaan tidak mahu Sabah dan Sarawak ketinggalan dengan projek yang bakal dijalankan melibatkan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan air selain pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Mualamat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr. Mustafa Mohd Hanefah turut bersetuju Belanjawan 2025 cerminan kepada Ekonomi Madani dalam meningkatkan daya saing global negara.

Prof Datuk Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Mualamat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Prof Datuk Dr. Mustafa Mohd Hanefah, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Mualamat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau mengambil contoh Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang menyediakan dana RM1 bilion dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan dana RM10 juta kepada Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO).

Katanya, inisiatif tersebut akan meningkatkan daya saing negara sekali gus mengurangkan pergantungan terhadap ekonomi sedia ada seperti petrol dan minyak sawit.

“Ekonomi kena pelbagai dan tidak boleh bergantung dengan keadaan semasa. Kita perlu industri baharu khusus pusat data dan AI. Alhamdullilah berbilion pelaburan telah masuk dalam negara.

“Ini usaha dari kerajaan madani khusus Perdana Menteri yang dicemburui oleh banyak negara termasuk Singapura. Ada laporan di Hong Kong yang juga tertanya bagaimana Malaysia boleh menarik pelaburan syarikat besar dalam industri pusat data seperti Amazon, Google,” kata beliau.

Kilang Korporat Chery yang merupakan fasiliti pemasangan tempatan (CKD) pertama di rantau ASEAN untuk subjenama model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium JAECOO ketika di kilang Chery Corporate Malaysia, Taman Perindustrian Subang, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 JUN 2024.
Kilang Korporat Chery yang merupakan fasiliti pemasangan tempatan (CKD) pertama di rantau ASEAN untuk subjenama model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium JAECOO ketika di kilang Chery Corporate Malaysia, Taman Perindustrian Subang, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 JUN 2024.

Bagi Dr Mustafa, Belanjawan 2025 umpama serampang dua mata yang menumpukan kepada usaha melahirkan modal insan bertaraf dunia terutama di peringkat universiti awam.

Katanya, ini terbukti apabila kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk melahirkan lebih ramai tenaga jurutera dan saintis dalam sektor Elektrik dan Elektronik (E&E). Ia berikutan perkembangan pesat perindustrian yang memerlukan tenaga mahir profesional dalam bidang kritikal itu.

UiTM menjadi pilihan dalam memenuhi agenda pembangunan Bumiputera dalam kerajaan Madani kerana universiti itu mempunyai bilangan pelajar melebihi 130,000 orang justeru program E&E yang bersifat profesional mampu memenuhi pasaran.

Penuntut universiti yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi ketika tinjauan sempena Belanjawan 2025 sektor pendidikan di Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 18 OKTOBER 2024.
Penuntut universiti yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi ketika tinjauan sempena Belanjawan 2025 sektor pendidikan di Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 18 OKTOBER 2024.

Sebagai belanjawan yang dilihat berfikir ke hadapan, Dr Mustafa juga menyifatkan peruntukan RM1 bilion dalam pembiayaan teknologi hijau membuktikan kesungguhan kerajaan meneruskan inisiatif tenaga utama menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS).

Peruntukan besar itu juga, katanya, adalah langkah penting ke hadapan dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju tenaga boleh baharu sejajar dengan perkembangan global yang amat menekankan kepentingan teknologi hijau.

Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) di solar berskala besar (LSS4), Parit Buntar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2024.
Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) di solar berskala besar (LSS4), Parit Buntar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2024.

Pensyarah USIM itu turut menyentuh tentang fokus kerajaan dalam pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang  diperluaskan ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta.

Peruntukan tersebut menjadi sokongan besar untuk mempercepatkan lagi digitalisasi Malaysia, menggalakkan penggunaan AI dan memacu pertumbuhan inklusif sekali gus menjadikan Malaysia sebagai peneraju hab digital di rantau ASEAN.

Menerusi inisiatif strategik yang telah dirangka, Malaysia kini bersedia untuk memacu kerjasama serantau dalam bidang utama seperti AI, ekonomi digital dan inovasi serta mengukuhkan peranan kita di ASEAN dan peringkat global

Sementara itu, langkah kerajaan menyokong sepenuhnya pengembangan syarikat mula niaga tempatan dalam Belanjawan 2025 menerusi ‘National fund-of-funds’ (NFOF) turut menarik perhatian Dr. Mustafa yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tepat bukan sahaja akan melahirkan lebih ramai usahawan tetapi juga menyediakan banyak peluang pekerjaan.

“Syarikat pemula ini kalau lihat di Lembah Silikon California di situ banyak yang asalnya tidak ada apa namun kemudian diberi modal awal dan akhirnya berjaya.

“Pemula ini syarikat inovasi, ada idea tetapi tiada modal. Saya lihat di Cyberjaya boleh menjadi medan untuk merangsang lagi usaha kerajaan dalam memberi peluang kepada golongan muda yang banyak inovasi dan menerusi dana seperti ini boleh mendorong untuk mereka lebih berjaya,” jelas beliau.

NFOF yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 ditubuhkan di bawah Khazanah Nasional Berhad dengan peruntukan dana sebanyak RM1 bilion dijangka beroperasi mulai bulan hadapan akan menyokong pengurus dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga dengan RM300 juta disediakan untuk 2025.

Bagi merancakkan lagi inisiatif kerajaan Madani ini, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) di bawah Dana Perintis menyediakan RMRM1 bilion turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan dengan RM200 juta khusus untuk 2025.

Inisiatif memartabatkan ekosistem syarikat mula niaga ini turut mendapat sentuhan Cradle Fund yang memperuntukkan ⁠RM65 juta bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global.

⁠Peruntukan ini juga termasuk RM15 juta geran padanan sebagai galakan untuk syarikat milik kerajaan (GLC) bekerjasama dengan syarikat mula niaga melalui ikhtiar modal teroka korporat.

Langkah ini penting bagi memperkukuh ekosistem modal teroka supaya kekal berdaya saing dalam menarik pelaburan asing, proses kelulusan aliran dana rentas sempadan di bawah Dasar Pentadbiran Pertukaran Asing juga akan dimudah cara dan boleh dibuat berdasarkan jumlah saiz mandat dana.

Penganalisis yakin Belanjawan 2025 akan memberikan pulangan 10 kali ganda kepada rakyat dan negara sekaligus merealisasikan Ekonomi Madani. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Belanjawan 2025 menyantuni OKU, merintis masa depan, merancakkan ekonomi

Kerajaan peruntuk RM100 juta untuk Kampung Angkat Madani

Kampung Beng Lenggong jadi Kampung Angkat Madani

Belanjawan 2025 galak penggunaan AI, pacu Malaysia sebagai peneraju hab digital

PASCA BELANJAWAN 2025 INISIATIF TERBAIK KERAJAAN UNTUK RAKYAT #SkopMG

Belanjawan 2025 Perkasakan Islam #MGFlash

MGNews : Belanjawan 2025 : Atasi Masalah Kesalinghubungan Di Kawasan Luar Bandar Jadi Keutamaan PM

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast