Tertuduh lelaki berusia 39 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya, lima tahun lalu.

MELAKA – Seorang kakitangan sebuah universiti awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya lima tahun lalu.

Tertuduh lelaki berusia 39 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Mengikut pendakwaan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan meraba kemaluan dan payudara seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Seri Pertam, Ayer Tawar dalam daerah Jasin antara pukul 2 hingga 3 pagi pada antara 15 hingga 31 Disember 2019.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK 2017).

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim menawarkan jaminan RM30,000 terhadap mangsa selain syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggunya sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam, Chua Yong Yi bagaimanapun memohon jaminan yang rendah kerana merupakan pesakit jantung selain isterinya bakal bersalin anak keempatnya yang sudah berusia 36 minggu.

Anak guamnya juga merupakan penanggung tunggal keluarga, menjaga ibu bapa yang sakit termasuk ibu mengidap kanser payudara dan kencing manis.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM9,000 dengan seorang penjamin warganegara dan pasport diserahkan ke mahkamah dan kes akan disebut semula 9 Disember ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast