SEBERANG PERAI – Seramai 21 warga emas yang yang didakwa dari sebuah pusat jagaan di Sungai Karangan, Kulim ditinggalkan di hadapan Pejabat Yayasan Tamilar Kural Malaysia dekat Taman Inderawasih di sini, hari.

Pengerusinya, David Marshel berkata, dia telah menghubungi Exco Kesihatan dan Exco Kebajikan Pulau Pinang untuk menempatkan sementara semua warga emas terbabit sehingga siasatan dijalankan pihak berkaitan.

“Pihak Jabatan Kesihatan sedang membuat saringan kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengambil data warga emas terlibat.

“Kami dari yayasan pula bekalkan makanan dan minuman buat mereka dan berharap kesemua warga emas ini dapat diberi perlindungan yang sewajarnya,” katanya hari ini.

Tambah David, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan tidak bertanggungjawab itu mungkin disebabkan lawatan pihaknya ke pusat jagaan berkenaan pada Ahad lalu selepas mendapat aduan mengenai keadaan daif pusat terbabit.

“Ketika lawatan dibuat kita dapati keadaannya (pusat jagaan) sangat teruk dan tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia apatah lagi warga emas yang sudah uzur.

“Apa yang lebih mengejutkan kita turut menemui beberapa penghuni yang diikat dengan rantai besi di pusat jagaan itu.

“Pusat jagaan tidak bertanggungjawab itu perlu diambil tindakan sewajarnya atas perbuatan melampau mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast