Logo halal JAKIM.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) komited dan konsisten dalam usaha menambahbaik proses pengeluaran sijil halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, jabatan tersebut sentiasa prihatin membantu mempercepatkan premis perniagaan makanan dan minuman mendapatkan sijil berkenaan tanpa terpaksa berdepan dengan kerenah birokrasi dan masa yang panjang.

“Sebenarnya JAKIM berjaya mempercepatkan sijil halal daripada beberapa bulan sehingga 30 hari. Ini juga akan diusahakan lagi ditambah baik dari semasa ke semasa sekiranya kita lihat dari segi statistik ada peningkatan permohonan dan kelulusan,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Dr. Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani – Pakatan Harapan) bertanya bagaimana kerajaan memastikan tidak berlaku kelewatan permohonan sijil halal sehingga mengakibatkan peniaga berputus asa.

Menurut Zulkifli, jumlah kutipan yuran sijil halal dilihat meningkat saban tahun dan perkara itu disifatkannya sebagai perkembangan positif.

Mengulas lanjut, katanya, hasil kutipan tersebut digunakan untuk menganjurkan program-program kesedaran dan Kerjasama antara agensi mengenai kepentingan sijil halal dalam industri industri makanan dan minuman dalam negara.

Bermula 2012 hingga tahun lalu sebanyak RM80 juta yuran sijil halal berjaya dikutip.

“Merujuk kepada yuran dikutip meningkat saban (pada tahun 2023 peningkatan yang sangat meyakinkan iaitu lebih RM12 juta… ini menunjukkan perkara yang baik,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast