saman RCI Tommy
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan pendengaran permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman terhadapnya pada 7 Disember depan.

Ketika ini, Tommy berdepan saman fitnah yang difailkan terhadapnya oleh bekas Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad.

Sepatutnya hari ini pendengaran permohonan tersebut namun mahkamah telah menetapkan tarikh baharu bagi memberi laluan kepada Shahrir untuk memfailkan afidavit balas memandangkan Tommy telah memberikan afidavit tambahan pada Jumaat lepas.

Pada 11 September lepas, mahkamah telah memutuskan 6 November 2024 (hari ini) untuk mendengar permohonan Tommy supaya Roz Mawar menarik diri daripada kes berkenaan.

Tommy sebelum ini telah memohon supaya Roz Mawar menarik diri kerana mendakwa hakim itu banyak membuat keputusan dan dapatan tidak berasas serta bercanggah dalam kes itu.

Shahrir sedang menyaman Tommy dan tiga pihak lain berkaitan sekeping cek RM1 juta yang diterima olehnya daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan kerja pemulihan projek perumahan Puri Langkasuka di Larkin, Johor.

Untuk makluman, sebelum ini, Roz Mawar telah menolak permohonan Tommy membatalkan saman itu pada Julai tahun ini.

Perbicaraan penuh akan bermula selama tujuh hari antara 9 hingga 12 Mac dan 27 hingga 29 April 2026.

Mahkamah Tinggi sebelum ini yang pernah membicarakan Shahrir telah melepas dan membebaskan ahli politik veteran itu daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Shahrir kemudian menyaman Tommy atas dakwaan telah menyalahgunakan kuasanya dengan mendakwanya sebelum ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here