Sindiket gengbulat aktif curi motosikal ditumpaskan kontinjen Selangor

PETALING JAYA – Satu kumpulan penjenayah yang aktif mencuri motosikal di Selangor dan menjualnya kepada asing sejak awal 2024 tumpas dengan tertangkapnya empat ahli Geng Bulat  dalam 10 serbuan di Jeram, Sungai Buloh pada 21 hingga 25 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Deputi Komisioner Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata, mereka yang ditangkap terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga asing berusia antara 19 hingga 43 tahun.

“Pemeriksaan lanjut pasukan juga berjaya merampas 14 buah motosikal pelbagai jenama terdiri daripada enam motosikal Honda EX5, Yamaha Ego (2 buah) dalam keadaan tidak sempurna, Yamaha Y150R (sebuah), lima Yamaha LC (1 tidak sempurna), satu cover set motosikal Honda Wave, lima rim sukan dan sebatang anak kunci,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

suspek Geng Bulat aktif curi motosikal ditumpaskan polis mnakala suspek utama bernama ‘Bulat atau nama sebenar Muhammad HazamiAzmi Rais, 21 diburu bantu siasatan.

Menurut Sasikala, hasil semakan rekod kenderaan hilang mendapati sebanyak 13 laporan polis berkaitan motosikal hilang dilakukan.

Tambah beliau, modus operandi Geng Bulat adalah mereka memantau di kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan kedai, tempat parkir di kawasan apartmen sehari sebelum mencuri motosikal pada lewat malam hingga awal pagi.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan mereka meleraikan dan menjual komponen motosikal ini kerana ia berkeadaan tidak sempurna semasa rampasan dibuat dan masih dalam simpanan mereka dan belum dijual kepada pembeli disyaki warga asing,” ujarnya.

Sasikala berkata, kini polis memburu seorang lagi suspek yang disyaki dalang utama Geng Bulat dikenali Muhammad Hazami Azmi Rais@Bulat berusia 21 tahun.

Katanya, pihaknya menyelesaikan 13 kes curi motosikal di Selangor bernilai RM32,000 dengan tertangkapnya ahli Geng Bulat itu.

Jelas beliau, semakan lanjut mendapati tiga suspek tempatan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit dadah dan kini direman sehingga 12 November ini untuk membantu siasatan.

Sasikala berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here