Suasana sekitar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ketika tinjauan di Kuala Lumpur hari ini. Foto AIZAT ZAINAL, 1 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR- Suspek kes dera dan buli seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, 8 pagi esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusi Mohd Isa dalam kenyataan ringkas hari ini berkata, pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan membabitkan seorang pelajar senior UPNM berusia 22 tahun yang sebelum ini dilaporkan dirakam keterangan oleh polis bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 11.45 malam, 22 Oktober lalu, mangsa mendakwa didatangi pegawai senior yang juga suspek sebelum mangsa diminta menggosok baju miliknya.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecur dan menjerit kesakitan.

Mangsa membuat laporan polis pada malam 1 November lalu dan keterangan daripadanya juga sudah direkodkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Kes buli UPNM: Kertas siasatan diserah ke AGC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here